Seperti yang kita tahu, kita menggunakan sepenuhnya tubuh badan kita untuk melakukan kerja-kerja seharian. Oleh itu kita sepatutnya melakukan refleksologi sekurang-kurangnya reflekoslogi tapak kaki untuk membetulkan semula peredaran darah dalam badan kita.
Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manuia dan memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu denganc ara menghilangkan penyebab dari ganggu itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf yang terganggu atau rosak. Apabila pengaliran darah di dalam badan sudah normal dan lancar maka seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Secara ringkasannya, refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.
Antara tindak balas yang sering terjadi selepas rawatan refleksologi dijalankan ialah:
1. Terasa nak muntah
2. Sering buang air besar dan air kecil
3. Demam
4. Rasa badan lebih ringan
5. Tidur yang lena
No comments:
Post a Comment